Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Remaja Maut Motosikal Langgar Jentolak

$
0
0

LANGKAWI 28 MAY 2016. (ASM146P) Mangsa, Muhammad Anas Mohd Noor, 14, maut dalam kemalangan setelah motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah jentolak di Jalan Ulu Melaka, Langkawi. NSTP/IHSAN PEMBACA

 

LANGKAWI: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangi bertembung sebuah jentolak di Jalan Ulu Melaka berhampiran Sekolah Rendah Darul Ulum di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu jam 2.30 petang, Muhammad Anas Mohd Noor, 14, dari Kampung Perana, di sini, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan dada.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Langkawi, Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, mangsa dalam perjalanan dari Padang Gaong ke Makam Mahsuri sebelum terbabas sendiri ke laluan kanan dan bertembung dengan sebuah jentolak dari arah bertentangan.

Berikutan nahas itu, mangsa dilaporkan cedera parah di kepala, dada dan anggota badan, mati di tempat kejadian.

Beliau berkata, pemandu jentolak itu yang berusia 41 tahun tidak cedera. Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Langkawi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082