Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Peniaga Kedai Emas Rugi RM50,000 Dirompak 4 Penyamun Bersenjata

$
0
0

rompak

 

SUNGAI PETANI: Kedudukan yang hanya kurang 100 meter dari balai polis tidak menghalang tiga lelaki dan seorang wanita untuk menyamun sebuah kedai emas di Jalan Ibrahim, di sini petang semalam.

Malah, dalam kejadian pada jam 2.48 petang, empat suspek terbabit hanya mengambil masa seminit melakukan kegiatan itu sebelum melarikan dua dulang barang kemas termasuk rantai dan gelang kaki dianggarkan bernilai RM50,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, berkata melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), empat suspek terbabit dilihat menaiki dua motosikal dengan memakai topi keledar berpenutup penuh sebelum meninggalkan motosikal mereka di belakang kedai emas itu.

Kemudian, dua suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita masuk ke dalam kedai dan memecahkan cermin pameran barang kemas menggunakan objek keras dan melarikan dua dulang barang kemas.

Beliau berkata, ketika kejadian tiada pelanggan dalam kedai emas itu sebaliknya hanya ada pemilik dan pekerja, tetapi mereka tidak dicederakan.

Katanya, kegiatan itu dipercayai dilakukan kumpulan sama seperti kejadian samun kedai emas di daerah sama sebelum ini berikutan menggunakan modus operandi serupa. “Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, ” katanya. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082