Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

STAGG Serbu Restoran Sedia Perkhidmatan Seks

$
0
0

Logo PDRM

 

Banting: Sebuah restoran di Kampung Sungai Jarum, di sini, yang dijadikan sebagai tempat berhibur dan menyediakan perkhidmatan seks diserbu dalam Ops Noda, malam tadi.

Dalam serbuan 10.15 malam itu, 33 wanita warga asing berusia 23 hingga 58 tahun ditahan.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, semua yang ditahan terdiri daripada tiga pekerja premis warga China dan Indonesia, manakala 29 warga China dan seorang Filipina bekerja sebagai pelayan.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas wang tunai RM2,550 dan pelbagai peralatan karaoke.

“Premis berkenaan adalah sebuah restoran yang dijadikan tempat hiburan terletak di ladang kelapa sawit dan turut menyediakan beberapa bilik serta perempuan warga asing sebagai peneman berhibur dan boleh dilanggan untuk perkhidmatan seks,” katanya.

Khairi berkata, semua hasil rampasan dan tangkapan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen iaitu kesalahan memasuki Malaysia tanpa permit sah dan Seksyen 55B Akta Imigresen menggaji pekerja asing tanpa permit sah. -myMetro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles