Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

5 Buah Kereta Terbakar Dalam Garaj

$
0
0

LANGKAWI 28 MAY 2016. (ASM148P/ASB288M) Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa lima buah kereta dan sebuah garaj yang terbakar di Persiaran Kelab Cinta Sayang Sungai Petani. NSTP/IHSAN BOMBA SUKARELA

 

SUNGAI PETANI: Lima kereta dalam garaj di sebuah rumah di Persiaran Cinta Sayang di sini, hangus dalam kebakaran, petang semalam.

Selain kereta mewah jenis BMW320i dan TOYOTA Vellfire, turut terbakar ialah Perodua Kelisa; Proton Satria Neo dan Saga.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Radzi Abdul Talib, berkata kebakaran dipercayai bermula jam 5 petang dan pihaknya menerima panggilan 16 minit kemudian.

“Selepas menerima panggilan, jentera yang dianggotai 13 pegawai dan anggota dari BBP Sungai Petani serta enam anggota sukarela dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setiba di tempat kejadian, bomba dapati lima buah kereta dalam garaj rumah mangsa sudah terbakar.

“Tindakan pantas bomba dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kebakaran dapat dipadam jam 6.35 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082