Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Minta Saksi Kejadian Kes Gaduh Tampil Bantu Siasatan

$
0
0

1_1376

 

Alor Setar: Polis meminta saksi untuk tampil bagi membantu siasatan kes pergaduhan membabitkan empat lelaki termasuk ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin di depan Aman Central, di sini, pada 15 Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Jalil Hasan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengambil keterangan daripada doktor yang merawat mangsa untuk melengkapkan siasatan

“Polis akan menjalankan siasatan seadil-adilnya untuk berhubung kes ini dan kita mohon kerjasama orang ramai termasuk yang merakam video supaya tampil untuk membantu siasatan.

“Kita juga minta kerjasama dua lelaki yang turun dari motosikal yang membantu dalam pergaduhan itu supaya dapat tampil bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Konstabel Sukarelawan Polis Diraja Malaysia Siri 3/14 dan 1/15 Kontinjen Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini. -myMetro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082