SIKAP rakyat kita memang mudah percaya dan mudah ditipu walaupun dari peranti atau blog ‘hantu’ yang dicipta untuk memanipulasi fakta dan membuat fitnah jahat terhadap kerajaan.
Terlalu banyak contoh telah jelas dan nyata mengenai kewujudan dan kepercayaan rakyat Malaysia khususnya di media sosial terhadap blog-blog ‘hantu’ ini.
Terbaru, telah viral di facebook mengenai tajuk dari laman blog http://beritanetwork.blogspot.com/ mengenai isu Zulkifli membunuh perompak.
Menurut tajuk blog ‘hantu’ ini, Ketua Polis memberi kenyataan bahawa rakyat dilarang membunuh orang yang merompak kita, telah menjadi bahan kemarahan rakyat Malaysia di facebook.
Walhal yang sebenarnya adalah, Ketua Polis Negara tidak bermaksudkan sedemikian rupa.
Sebab itulah rakyat Malaysia makin menjadi rosak dan tidak bermoral kerana terus menerus mempercayai tajuk-tajuk berita yang dimanipulasi dan memfitnah ini.