Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

“Tolong… Tolong… Aku Dalam Kesusahan”– Amirah Atirah

$
0
0

kes-culik-pelabuhan-klang-van-putih

“Tiada ayah yang tidak sayangkan anak dan saya tidak dapat gambarkan perasaan risau saya ketika ini”
Hanya itu yang mampu diungkapkan bapa kepada Nur Amirah Atirah Abdul Majid, 14, dalam nada sebak apabila anak gadisnya itu dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki pada Ahad malam lalu.

Abdul Majid Ladu, 43, berkata, sebelum kejadian itu berlaku, anaknya ada memaklumkan kepada isterinya, Asmah Mamai, 32, ingin pergi ke rumah rakannya di taman bersebelahan.

Katanya, mereka sekeluarga telah mula syak sesuatu yang buruk berlaku apabila anak gadisnya gagal dihubungi dan tidak pulang sehingga pukul 10 malam.

budak_kena_culik

Keratan mesej ini dipercayai dari Amirah Atirah

“Sebelum ini dia tidak pernah pulang lewat melebihi pukul 10 malam. Bimbang keadaan buruk berlaku, kami telah membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Sultan Suleiman di sini hari ini.

Menurut Abdul Majid lagi, rakaman perbualan yang menjadi viral di sosial media itu adalah benar kerana anak sulungnya itu sempat menghubungi kakak angkatnya , Noor Fazila Misnan, 23, untuk meminta bantuan.

“Panggilan itu dibuat pada pukul 9.42 pagi semalam ketika Noor Fazila berada di tempat kerja,” katanya.

Sementara itu, dalam rakaman perbualan yang viral di media sosial berdurasi 3 minit 43 saat itu , mangsa berkali-kali merayu meminta bantuan sebelum perbualan itu terputus.

Nur Amirah Atirah juga sempat menceritakan dirinya kini sedang dalam perjalanan untuk dijual bersama beberapa gadis lain.

Dalam perbualan itu juga, dia sempat menceritakan diculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran kereta kerana matanya telah ditutup dengan kain.

Menerusi perbualan itu, dia memberitahu turut melihat papan tanda ke Johor Bahru.

Dia dipercayai diculik ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang. – Utusan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082