Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Dalang Utama Sabotaj MyIMMs Dikenal Pasti

$
0
0

Logo PDRM

 

PETALING JAYA: Polis sudah mengenal pasti beberapa individu termasuk dalang utama sindiket beroperasi dalam negara yang disyaki mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata beberapa penahanan akan dibuat dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes berkenaan. “Kita sudah mengenal pasti individu yang terbabit dan polis akan menahan mereka.

Siasatan berhubung kes ini masih berjalan.”Mereka ini adalah sindiket tempatan yang menjalankan kegiatan sabotaj itu.

Pada mulanya mereka berjaya ‘memikat’ seorang dua pegawai imigresen untuk terbabit dalam kegiatan ini dan lama-kelamaan menyaksikan lebih ramai lagi pegawai terbabit,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan penubuhan Polis Bantuan Sime Darby Property di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi yang mengatakan terdapat pembabitan sindiket antarabangsa dalam kegiatan sabotaj itu, Noor Rashid berkata, sindiket antarabangsa itu dipercayai bekerjasama dengan sindiket tempatan bagi menjalankan kegiatan berkenaan di dalam negara.

Ditanya sama ada polis akan memohon bantuan polis antarabangsa bagi mengenal pasti sindiket antarabangsa itu, beliau berkata buat masa ini, polis hanya memberi fokus dalam melumpuhkan sindiket tempatan terlebih dahulu.

Semalam, Sakib mendedahkan 37 pegawai Jabatan Imigresen dikenakan tindakan tatatertib sejak Februari lalu kerana terbabit dengan kegiatan sabotaj myIMMs.

Daripada jumlah itu, 15 orang telah dibuang kerja, 14 orang digantung kerja dan lapan orang lagi ditangguh pergerakan gaji. Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.

Mengenai pelancaran unit polis bantuan Sime Darby Property, Noor Rashid memuji usaha dan dedikasi syarikat itu dalam meningkatkan keselamatan komuniti yang sejajar dengan Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) yang menekankan keselamatan orang ramai.

“Teras utama kerjasama ini ialah bagaimana Polis Diraja Malaysia membantu syarikat korporat seperti Sime Darby Property meningkatkan kemampuan dan keupayaannya untuk menyumbang kepada keselamatan komuniti dan orang awam,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082