Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Ops Cantas Silver Tahan Lebih 100 Ahli Kongsi Gelap

$
0
0

pdrm_police_ops_cantas_1_840_557_100-685x320

 

IPOH – Seramai 110 anggota kongsi gelap yang terlibat dalam pelbagai jenayah kekerasan seluruh Perak ditahan dalam Ops Cantas Silver yang dijalankan selama sebulan mulai 14 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hassan berkata operasi khas yang dianggotai lapan pegawai dan 44 anggota dari jabatan Siasatan Jenayah Negeri itu dilaksanakan bagi mengawal kegiatan gangsterisme.

“Operasi ini dilaksanakan berkonsepkan ‘total harrassment’ terhadap kumpulan-kumpulan gengster untuk tindakkan mencegah jenayah kekerasan termasuk perjudian dan pelacuran.

“Daripada 110 yang ditangkap 15 individu telah dituduh atas pelbagai kesalahan, manakala 35 individu dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan kesemua masih lagi dalam tahanan polis,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kotinjen Perak di sini.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil(PRk) Parlimen Kuala Kangsar dan di situ akan memberi lebih tumpuan,”katanya. -MYNEWSHUB.CC


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles