Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Orang Awam Tahan Lelaki Cuba Pecah Masuk Masjid

$
0
0

145601izotrotkggrig4ig

 

Melaka: Lelaki dipercayai cuba mencuri selepas memecah masuk masjid di Bachang, di sini, ditahan orang awam sebelum diserah kepada polis, awal pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, lelaki berusia 25 tahun beralamat di Peringgit, di sini, ditangkap kariah masjid terbabit dan dipercayai sudah memecah masuk masjid terbabit lebih daripada dua kali.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek yang ditahan itu mempunyai lima rekod jenayah dan dadah.

“Suspek dirujuk ke mahkamah untuk perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles