Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Waris Krew Kapal MH17 Fail Saman Terhadap MAS, MAB Atas Dakwaan Cuai

$
0
0

bp07-rt-mas-106.004-w

 

KUALA LUMPUR – Seramai 11 waris kepada enam anak kapal pesawat MH17 memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan Malaysian Airline System Berhad (MAS) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) atas dakwaan cuai dan melanggar syarat penerbangan sehingga menyebabkan mereka kehilangan ahli keluarga dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumput pada 17 Julai 2014.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melalui firma guaman Thomas Philips.

Kesemua defendan itu merupakan waris kepada enam anak kapal berkenaan termasuk Nur Shazana Mohamed Salleh; Hamfazlin Sham Mohamed Arifin; Sanjit Singh Sandhu; Mohd Ghafar Abu Bakar; Lee Hui Pin; dan Chong Yee Pheng.

Kesemua mereka selaku plaintif menamakan MAS dan MAB sebagai defendan pertama dan kedua.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa defendan pertama telah bertindak cuai apabila menghantar dan melaksanakan penerbangan MH17 di kawasan yang diketahui berada di bawah konflik bersenjata dan kuasa pemberontak yang menimbulkan bahaya dan kematian terhadap anak kapal.

Mereka juga mendakwa MAS telah menghantar dan melaksanakan penerbangan kurang daripada 1000 kaki atas ruang udara iaitu ketinggian yang tidak digunakan oleh pesawat lain yang melalui ruang udara Ukraine kerana risiko perang dan konflik udara.

Dakwa mereka lagi, defendan pertama telah melaksanakan penerbangan di bahagian paling utara Koridor Penerbangan Komersial Ukrain yang terlibat dalam perang dan konflik bersenjata selain gagal mempunyai sistem penilaian risiko yang memadai.

Sementara itu, kesemua plaintif mendakwa defendan pertama telah melanggar kontrak kerana gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anak kapal berkenaan sehingga menyebabkan kematian mereka.

“Defendan-defendan bertanggungjawab di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Udara 1974, Konvensyen Montreal 1999, dan Undang-undang Sivil 1956,” tegasnya menurut pernyataan tuntutan tersebut.

Sehubungan itu mereka menuntut relif daripada kedua-dua termasuk ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi kecederaan dan trauma, kos serta perintah lain yang sesuai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082