Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pesara Tentera Didenda RM15,000 Beri Rasuah Kepada Pegawai Imigresen

$
0
0

mahkamah1-1

 

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang pesara tentera darat menjalani hukuman penjara sehari dan membayar denda RM15,000 selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada penguat kuasa Imigresen, Mac lepas.

Hakim S.Indra Nehru turut memerintahkan Termizi Mohamad, 69, dikenakan penjara tambahan enam bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut selepas mengambil kira faktor umur, tahap kesihatan dan ketidakupayaan tertuduh.

Warga emas itu didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada Penolong Penguasa Imigresen, Abdul Majid Mohamed, di luar perkarangan rumahnya, PT 1235, Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Tekah Baru, Kampung Kepayang, pada 1.30 pagi, 24 Mac lepas.

Ia sebagai dorongan bagi melepaskan pekerja tertuduh yang ditahan kerana berada di Malaysia tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082