Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

4 Individu Ditahan Samun Lelaki Warga Bangladesh

$
0
0
qw

Gambar Hiasan

 

KUALA LUMPUR – Empat individu, termasuk seorang wanita, ditahan sebaik menyamun wang RM500 dan telefon pintar daripada lelaki warga Bangladesh di Jalan Silang, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, suspek yang berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan di Pasar Seni lebih kurang 10.45 pagi Selasa lepas oleh pasukan dari Balai Polis Tun H. S. Lee yang melakukan Op Kesan.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan kira-kira 15 minit selepas kejadian berdasarkan deskripsi yang diberi mangsa berserta rakaman kamera litar tertutup di kawasan berdekatan Pasar Seni.

“Mangsa melaporkan dia ditumbuk pada bahagian mulut selepas suspek mengambil telefon pintar miliknya berserta wang tunai RM500,” katanya pada sidang berita di sini hari ini.

Zainol berkata suspek ditahan dalam perjalanan ke Pasar Seni dipercayai untuk menjual telefon pintar yang dicuri.

“Suspek bertindak melemparkan telefon pintar berkenaan ketika ditahan polis bagi mengelak daripada dikesan namun akhirnya mengaku mereka melakukan jenayah itu,” katanya.

Beliau berkata keempat-empat suspek, yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun dan penglibatan dengan dadah, ditahan reman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan.

Terdahulu, Zainol menyampaikan sijil penghargaan kepada enam anggota polis Unit Ronda Bermotosikal yang berjaya melakukan tangkapan penjenayah berkaitan samun ketika bertugas di sekitar Bukit Bintang dan Kota Raya. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082