Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Rugi RM7,000 Kedai Runcit Disamun

$
0
0

Samun

 

KOTA BHARU: Sebuah kedai runcit mengalami kerugian lebih RM7,000 termasuk wang tunai dan komputer riba, selepas disamun dua lelaki di Wakaf Mek Zainab, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 pagi itu, suspek seorang lelaki berusia 30-an dikatakan masuk ke premis berkenaan untuk membeli barang, sebelum meletakkan barangan di kaunter premis berkenaan kononnya untuk pembayaran.

Pada masa sama, seorang lagi rakan suspek masuk ke premis berkenaan dan kemudiannya menggertak seorang pekerja yang berada di kaunter supaya menyerahkan wang tunai dan barang berharga lain.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, berkata bimbang keselamatan terancam, pekerja berkenaan menyerahkan wang tunai RM1,500, rokok, kad tambah nilai, komputer riba dan telefon bimbit membabitkan nilai keseluruhan lebih RM7,000.

Katanya, sebaik mengambil pelbagai barangan itu, kedua-dua suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil warna putih.

“Sehingga kini usaha memburu suspek giat dilakukan dan polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti kedua-dua suspek berkenaan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles