Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Nafi Dera Tahanan

$
0
0

Kelar-tangan

 

SEREMBAN: Polis negeri ini menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa dia didera oleh anggota polis sehingga dimasukkan ke hospital dan menerima lebih 50 jahitan.

Dakwaan lelaki itu melalui peguamnya, M Manoharan, disiarkan dalam sebuah portal berita Jumaat lalu, menyatakan dia didera, termasuk disepak dan dipukul, ketika ditahan oleh anggota polis.

Ketua Polis negeri, Datuk Jaafar Mohd Yusof, berkata lelaki terbabit yang membuat laporan polis berhubung dakwaan itu di Balai Polis Cambell di sini, Khamis lalu, sebenarnya mencederakan dirinya sendiri.

Katanya, lelaki itu ditangkap di Nilai dekat sini, pada jam 3 pagi, 25 Mei lalu, kerana dipercayai terbabit dalam kejadian merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

“Dia kemudian dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ke kompleks mahkamah di sini, untuk polis mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Jaafar berkata kira-kira satu kilometer dari kompleks mahkamah, iaitu jam 8 pagi, lelaki itu mengeluarkan pisau lipat kecil dari begnya miliknya lalu mengelar pergelangan tangan dan lehernya.

Beliau berkata, lelaki itu yang cedera parah dikejarkan ke HTJ dalam keadaan tidak sedarkan diri menyebabkannya tidak sempat dikenakan tahanan reman.

Katanya, polis kini memburu lelaki terbabit kerana kes rogol dan cuba membunuh diri serta pada masa yang sama, menyiasat kemungkinan perbuatan salah laku membabitkan empat anggota polis yang membawa lelaki terbabit dari IPD Nilai ke kompleks mahkamah di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082