Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penggangur Ditetak Parang Ketika Tidur

$
0
0

praven.transformed

 

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur parah selepas ditetak sekumpulan lelaki di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, di sini, 3 Jun lalu.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas mangsa dikatakan menjalin hubungan dengan teman wanita salah seorang daripada mereka.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu diserang tiga lelaki sebelum menetaknya di kepala dan tangan menggunakan parang.

“Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil. “Kita kini sedang mengesan dua lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Munusamy berkata, dua lelaki yang dicari itu dikenali sebagai K Shan Praveen, 19, dengan alamat terakhir di 1217, Blok B Tingkat 2, Jalan SS3/39, Kelana Jaya.

Seorang lagi yang dicari adalah S K Danesh Kumar, 18, dengan alamat terakhir di No.41, Jalan SS9/8 Sungai Way, Petaling Jaya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles