Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

3 Suspek Dera Bayi Dibebas Dengan Jaminan

$
0
0

Logo PDRM

 

PUTRAJAYA: Tiga individu, termasuk pemilik dan dua pekerja yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan dua bayi di sebuah taska di Presint 15, di sini, akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Vijaya Rao Samachulu, berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan ke atas pemilik, 27, dan dua pekerja yang masing-masing berusia 21 serta 19 tahun itu.

“Ketiga-tiga mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis pada jam empat petang ini sebaik tempoh tahanan reman tiga hari bermula Jumaat lalu tamat.

“Namun, kita masih lagi menunggu laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan laporan perubatan bagi kedua-dua bayi berkenaan sebelum menyelesaikan siasatan kes terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan dan akan menyerahkan kepada pihak Pendakwa Raya selepas semuanya siap untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, pemilik dan dua pekerja berkenaan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menyebabkan berlakunya penganiayaan terhadap kedua-dua bayi terbabit.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan susulan gambar dua bayi, masing-masing berusia empat dan 13 bulan itu menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook dengan seorang daripadanya diikat mulut menggunakan kain lampin manakala seorang lagi mempunyai kesan seperti lebam di muka dan bahagian belakang badan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082