Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

3 Beradik Didenda RM2,800 Ancam Bunuh Bekas Isteri

$
0
0

81415672709_freesize

 

KUALA LUMPUR: Tiga beradik didenda RM2,800 atau dua tahun penjara tiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengancam membunuh bekas isteri seorang daripada mereka.

Pemandu teksi James Robert Sinappan, 37, bekas suami wanita itu, bersama-sama adiknya, William, 34, dan Jesusalex, 26, mengaku bersalah mengancam untuk membunuh tukang cuci, Vikneswari Mahalingam, 37, dan keluarganya.

Mereka mengaku melakukan kesalahan itu pada kira-kira tengah hari, 2 September 2014 di hadapan stor Alam Flora Sdn Bhd di No 15, Lorong Tiaong Nam 3, Chow Kit, Dang Wangi di sini.

Tuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman hingga dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya. Mengikut seksyen sama, sekiranya ancaman itu menyebabkan kematian, pesalah boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Amy Zainul Anwar, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Ananthan Vijayakumar.

Terdahulu, Vijayakumar memohon mahkamah meringankan hukuman terhadap anak guamnya memandangkan tiga beradik itu memperoleh gaji bulanan tidak lebih RM1,800 seorang. Peguam itu berkata tertuduh menyesali perbuatan mereka dan ingin menyelesaikan kes itu secara keluarga.

Menurut fakta kes, James menuntut Vikneswari membayarnya RM7,000 sebagai kos menjaga dua anak mereka. – BERNAMA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082