Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kedai Makan Di Kedah Dilarang Buka Sebelum 3 Petang

$
0
0

DSC_0940

 

ALOR SETAR – Pemilik kedai makan dan restoran Islam di Kedah diberi amaran tindakan tegas termasuk menarik balik lesen perniagaan sekiranya beroperasi sebelum pukul 3 petang pada bulan Ramadan bermula semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya negeri, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid berkata, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melakukan pemeriksaan untuk memastikan premis makanan beroperasi pada waktu yang dibenarkan sebagai menghormati bulan Ramadan.

Selain itu, Mohd. Rawi juga menasihatkan umat Islam supaya tidak membeli makanan dan minuman di kedai makan sebelum pukul 3 petang.

“Umat Islam dan peniaga yang ditangkap kerana me­lakukan kesalahan makan di khalayak ramai dan menjual makanan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14(a) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 2014 dan Seksyen 14(b) 2014. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082