Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pemandu Teksi Maut Dirempuh Kereta

$
0
0

08.transformed_5

 

BATU GAJAH: Seorang lelaki maut apabila teksi yang dipandunya dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 15 Jalan Ipoh-Lumut, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.43 malam itu, mangsa Teh Swee Seng, 60, yang memandu teksi jenis Proton Saga maut di tempat kejadian selepas tersepit dalam kenderaannya akibat dilanggar sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu Wong Wen Yee, 23, dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar, berkata siasatan mendapati Wong dalam perjalanan dari Ipoh ke Lumut sebelum kenderaannya hilang kawalan akibat jalan licin di lokasi kejadian dan merempuh mangsa di laluan bertentangan.

“Mangsa yang memandu teksi maut tersepit di tempat pemandu manakala lelaki yang memandu Proton Wira itu cedera di bahu dan dihantar ke Hospital Batu Gajah.

“Mayat mangsa di hantar ke hospital sama untuk tujuan bedah siasat dan setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya. Mohd Nasri berkata, siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082