Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Mayat Wanita Ditemui Lemas Dalam Kolam Di padang Golf

$
0
0

lemas

 

BAHAU: Seorang wanita yang dipercayai tergelincir ke kolam di padang sebuah kelab golf di sini, malam tadi, ditemui lemas di dasar kolam itu, pagi ini.

S Sumathi, 23, ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Port Dickson, kira-kira jam 6.25 pagi.

Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan II A Gunaselan, berkata pihaknya menerima maklumat bahawa seorang wanita hilang di kawasan kolam itu pada jam 10.18 malam tadi dan seminit kemudian, seramai lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba pada jam 10.27 malam.

Katanya, keadaan gelap menyebabkan gerakan mencari mangsa yang turut dibantu anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tidak dapat dilakukan.

“Kira-kira jam 4 pagi ini, 10 anggota PPDA tiba di tempat kejadian. Selepas bersahur, mereka memulakan gerakan mencari pada jam 5 pagi dan berjaya menemui mayat mangsa di dasar kolam sedalam kira-kira 1.7 meter,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata ibu saudara mangsa, M Angarnah, 54, melaporkan kehilangan mangsa di Balai Polis Bahau, kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Katanya, Angarnah memberitahu bahawa anak saudaranya terjatuh ke kolam pada lubang ke-13 padang kelab golf itu yang mempunyai 18 lubang.

“Anggota polis yang menyiasat di tempat kejadian malam tadi menemui sebuah motosikal milik mangsa berhampiran kolam.

Sepasang selipar dan sebilah pisau turut ditemui di tepi tasik itu yang dipercayai miliknya,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan polis sedang menunggu hasil bedah siasat sebelum mengambil tindakan lanjut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles