Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Remaja Mabuk Baling Batu Bata Selepas Ditegur Bising

$
0
0

batu bata

SIBU: Lima remaja bertindak ganas membaling batu bata ke arah sebuah rumah di Taman Kristal, Sibu Jaya malam tadi, setelah mereka dikatakan tidak berpuas hati selepas ditegur pemiliknya ekoran berbuat bising.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 11.15 malam itu menyebabkan dahi pemilik rumah berusia 35 tahun dan paha ibunya, cedera terkena batu bata ketika mereka cuba menghalang tindakan kumpulan remaja terbabit.

Insiden itu turut menyebabkan lampu pagar, cermin belakang dan nombor plat kereta milik mangsa pecah.

Sebelum kejadian, mereka dikatakan berlegar-legar di hadapan rumah mangsa sebelum mereka kemudiannya melarikan diri sejurus selepas bertindak demikian.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa dan sedang menyiasat kejadian tersebut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles