Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Wanita Kenya Maut Dalam Nahas Jalan Raya

$
0
0

FW474423_NS11_090618_KEMALA

 

NILAI – Seorang wanita warganegara Kenya maut apabila kenderaan yang dinaiki bersama kakaknya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 269 Lebuhraya PLUS arah Selatan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa Odongo Regina Ndamai, 23, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Bahrin Ayub Ghazali,siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu kakak mangsa, Regina Ignthia Akiyi, 28, mengalami kerosakan di bahagian tayar.

“Dia yang berada di laluan tengah kemudiannya mahu menuju ke lorong kecemasan, tetapi dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna Proton Exora yang dipandu seoarang lelaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata akibat rempuhan itu, Proton Exora yang merempuh mereka itu terbakar, namun pemandunya sempat dikeluarkan oleh orang awam.

“Kami mengambil masa selama lima minit untuk memadamkan kebakaran,”katanya.

Katanya, pemandu Proton Exora dan kakak mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan susulan. – BERNAMA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082