Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pereka Grafik Mengaku Tidak Bersalah Sebarkan Gambar Aibkan Pemimpin Negara

$
0
0

fahmi-reza

 

IPOH 10 Jun – Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengedarkan gambar aib pemimpin negara di akaun Facebook miliknya bertujuan menyakitkan hati orang lain pada Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin, 39, didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebooknya ‘Fahmi Reza’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada kira-kira pukul 12.31 tengah hari 8 Februari lalu.

Penghantaran yang dilakukan lelaki itu telah dibaca di alamat Seraya Sdn. Bhd., Batu 3, Jelapang pada pukul 2.40 petang hari yang sama.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd. Sophian Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam Melissa Sasidaran.

Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan 27 Julai ini sebagai sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082