Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Didakwa Salur Wang Kepada Abu Sayyaf

$
0
0

pzabu29e_2x

 

KUALA LUMPUR – Muhammad Aizam Mat Zin, 40, sekali lagi didakwa dengan pertuduhan lain di sini semalam kerana memberi wang kepada Kumpulan Pengganas Abu Sayyaf, Disember lalu.

Tertuduh mendengar pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pada 26 Disember tahun lalu, lebih kurang pukul 11.00 malam di Restoran Ras Hartini Tomyam, Jalan 4/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju telah dengan pengetahuan mengendalikan harta pengganas yang bernama Muhammad Joraimee Awang Ramee, 41, ahli Kumpulan Pengganas Abu Sayyaf Group.

Tertuduh didakwa telah memberikan wang sebanyak RM700 bagi kegunaan dan manfaat pengganas tersebut yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 130Q (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama.

Pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail dan tertuduh dilihat tidak diwakili peguam.

Mahkamah memutuskan 1 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pada Rabu lalu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, tertuduh telah didakwa memiliki sebanyak 65 keping kertas berukuran A3 dan tiga keping kertas berpelekat berukuran A4 yang berkaitan dengan kumpulan pengganas Negara Islam (IS) di No. 27, Jalan PUJ 1/14, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan pada pukul 6.20 pagi, 22 Mac lalu. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles