Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penyeludup Migran Dipenjara 10 Tahun

$
0
0

KANGAR 09 JUNE 2016. Empat tertuduh, Biau Wong Chumpo, (kiri) Nurul Islam Nurul Boshor (tiga dari kiri), Momotin Dus Mohamad, (empat dari kiri) dan Shahidullah Syahidullah (dua dari kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar setelah selesai pertuduhan bagi kes penyeludupan migran di Wang Kelian. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

 

KANGAR: Seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun selepas mengaku salah atas tiga pertuduhan menyeludup migran di Wang Kelian, dekat sini, antara 2014 dan 2015.

Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar, mengenakan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Nurul Islam, 32. Tertuduh bagaimanapun hanya menjalani penjara 10 tahun kerana hukuman setiap pertuduhan berjalan serentak dari tarikh ditahan pada 2 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, Nurul Islam didakwa menyeludup seorang warga Bangladesh, Mohamad Nurbasya, pada jam 4 petang antara November 2014 hingga Mei tahun lalu, selain seorang lagi warga negara sama dikenali Delwar antara Oktober 2014 dan April tahun lalu di Bukit Genting Perah serta Bukit Wang Burma.

Bagi tuduhan ketiga, Nurul Islam didapati bersalah menyeludup lelaki warga Bangladesh bernama Joy pada jam 4 petang antara November 2014 dan Mei tahun lalu di Bukit Genting Perah, Wang Kelian.

Tertuduh yang berbaju Melayu berwarna merah jambu mengaku salah atas semua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Bangladesh, namun mendakwa dipaksa melakukan kegiatan itu.

Tertuduh yang turut menangis, menyatakan harapan untuk pulang ke negara asalnya untuk menyara keluarga. Sementara itu, di mahkamah sama tiga lagi tertuduh membabitkan dua lelaki etnik Rohingya dan seorang warga Thailand, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama dan meminta dibicarakan.

Dua lelaki Rohingya, Shahidullah@Syahidullah, 18 dan Momotin@Dus Mohamad, 19, didakwa menyeludup seorang migran warga Myanmar bernama Mohd Belai di Bukit Wang Burma di Wang Kelian pada jam 5.30 pagi antara Ogos 2014 hingga 10 Mac 2015.

Tertuduh warga Thailand, Biau Wong Chumpo pula didakwa menyeludup migran warga Bangladesh, Md Tifajir Husin, pada jam 1.30 pagi antara Oktober 2014 dan 2 Mei tahun lalu di Bukit Genting Perah dan Bukit Wang Burma.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas, Afzainizam Abdul Aziz dan Nadia Zulkefli. Abu Bakar juga menetapkan tarikh sebutan semula pada 1 Julai ini untuk membolehkan ketiga-tiga tertuduh melantik peguam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082