Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pemilik Dusun Durian Parah Ditetak Penceroboh

$
0
0

parang-600x360

 

SUNGAI PETANI – Seorang pemilik dusun durian di Kampung Panjang, Gurun dekat sini cedera parah akibat ditetak di tangan kiri oleh sekumpulan lelaki yang menceroboh dusun buah itu awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku ketika mangsa, Teoh Seng Koon, 44, meronda di kawasan dusun itu selepas pekerjanya memaklumkan ada orang menceroboh masuk.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, mangsa yang meronda kemudiannya terserempak dengan suspek dipercayai seramai tiga hingga empat orang sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

“Mangsa telah ditetak pada tangan kiri dengan luka tetakan sepanjang 4 sentimeter selain turut retak pada tulang tangan akibat tetakan tersebut.

“Tulang pinggul mangsa juga teralih akibat terjatuh dalam pergelutan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, semasa kejadian, pekerja mangsa berada di dalam rumah pekerja di dusun tersebut.

“Tiada saksi lain yang nampak kejadian kerana keadaan gelap,” ujarnya.

Tambahnya, suspek masih belum dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” jelasnya.- K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082