Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kanak-Kanak Palestin Maut Terjatuh Dari Tingkat 8 Kondominium

$
0
0

100811asiluet-jatuhgedung

 

GOMBAK: Seorang kanak-kanak warga Palestin berusia lapan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat lapan Blok A Kondominium Banjaria Court, Batu Caves, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa, Majed A M Abuzaid yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata ibu mangsa tiada di rumah ketika kejadian kerana dikatakan mempunyai kerja luar sejak jam 11 pagi dan mangsa tinggal dengan kakaknya berusia 10 tahun.

“Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan tingkap ruang tamu dikatakan terbuka kerana angin kuat.

“Menurut kakak mangsa, adiknya dikatakan memanjat untuk menutup tingkap itu tetapi, malang apabila terjatuh dari tingkat lapan rumah sewa mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082