Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penganggur Dipenjara 7 Tahun Miliki Pisau Tanpa Kebenaran

$
0
0

mimpi-masuk-penjara

 

KOTA BHARU – Gara-gara memiliki sebilah pisau berukuran 20 sentimeter tanpa kebenaran, seorang penganggur dipenjara selama tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Ahmad Bazli Baharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Alif Fauzi, 31, selepas tertuduh disabitkan bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Alif didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah pisau berhulu plastik berwarna hitam ukuran panjang 20 sentimeter tanpa maksud dan kebenaran dari pihak berkuasa.

Perbuatan itu dilakukannya di Pasar Besar Siti Khadijah di sini pada pukul 7 petang, 2 Mei tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles