Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Ahli Perniagaan Tidak Mengaku Pindah Milik Harta

Image may be NSFW.
Clik here to view.
mahkamah1-1

 

JOHOR BAHRU: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 19 pertuduhan dengan sengaja memindah milik harta bagi mengelak bayaran hutang kepada pemiutang membabitkan hartanah bernilai RM35 juta.

Tertuduh, Lim Kwee Gee, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curang memindah milik harta syarikat kepada dirinya dan seorang individu lain bagi mengelak harta itu diserahkan kepada pemiutang.

Tertuduh juga didakwa cuba menghalang harta daripada digunakan mengikut undang-undang untuk membayar hutang kepada pemiutang dengan cara memindah milik hartanah milik individu dan syarikat kepada dirinya sendiri.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Johor Bahru, di sini, antara Julai 2011 hingga Februari 2012.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 421 Kanun Keseksaan dan Seksyen 422 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Anas Mahadzir, manakala tertuduh diwakili peguam Kitson Foong. Kamarudin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM400,000 dengan dua penjamin dan kes akan disebut semula pada 28 November ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082