Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Banduan Lari Dari Mahkamah Diburu

$
0
0

15jenayah.transformed

 

TAWAU: Polis giat memburu seorang tahanan jenayah yang melarikan diri dari Mahkamah Tawau di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, Faizal Iman, 36, melarikan diri ketika hendak memasuki lori di kawasan mahkamah untuk dihantar ke Penjara Tawau.

Berikutan itu, gerakan mengesan suspek dilancarkan serta-merta di sekitar bandar ini, selain mendapatkan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran.

Ketika melarikan diri, lelaki berasal dari Kampung Aman Jaya, Semporna itu memakai baju merah hati dan seluar pendek coklat. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata polis melancarkan Ops Tutup bagi mengesan suspek, selain membuat hebahan dan mengedarkan gambar lelaki berkenaan kepada anggotanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis di talian 089-772121,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Suspek mempunyai ketinggian 1.58 meter, berambut pendek, berkulit gelap dan berbadan gempal.

Difahamkan, suspek dibawa ke mahkamah bagi menjalani prosiding berhubung kes rogol dihadapinya. Kes disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja lari daripada tahanan yang sah di sisi undang-undang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles