Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Ahli Perniagaan Maut Ditembak

$
0
0

SHAH ALAM 15 JUNE 2016. Anggota Polis Forensik mengambil kesan cop jari pada kereta mangsa selepas ditembak penjenayah berhampiran Plaza Tol Sungai Rasau menghala ke Kuala Lumpur. STR/MUHAMMAD SULAIMAN

 

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan mati selepas ditembak ketika sedang memandu berhampiran Plaza Tol Sungai Rasau, di sini, semalam.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.35 petang itu, mangsa, 43, dipercayai dari arah Klang menuju ke rumahnya di Kajang.

Bagaimanapun, selepas membayar tol menggunakan kad Touch N Go, mangsa ditembak oleh individu bermotosikal hingga menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan.

“Hasil siasatan, polis menemui 10 kesan tembakan di bahagian luar kereta mangsa manakala enam tembakan di badan mangsa.

“Polis yakin suspek adalah seorang penembak profesional berikutan ketepatan tembakannya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles