Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Treler Bertembung Kereta, 1 Maut 3 Cedera

$
0
0

TELUK INTAN 15 JUNE 2016. ( HM IPM388V ) Keadaan kereta yang hancur di bahagian hadapan akibat berlanggar dengan lori tangki sawit di Chenderong Balai. NSTP/IHSAN BOMBA *** Local Caption ***

 

TELUK INTAN: Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang bertembung dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 21 Jalan Teluk Intan-Chenderong Balai di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.12 petang itu, P Rajassawary, 60, beralamat di Kampung Kassim, Tapah Road yang juga penumpang hadapan kereta meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Chenderong Balai.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, treler berkenaan yang datang dari Cenderong menghala ke Lumut tiba-tiba bertembung dengan kereta jenis Honda Accord yang datang dari arah Teluk Intan menuju Tapah.

“Kereta berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun bersama empat penumpang termasuk seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan hingga mengakibatkan kedua-dua kenderaan bertembung.

“Kereta berkenaan kemudian terbabas ke kiri bahu jalan manakala treler itu pula terjunam ke dalam parit berair berhampiran laluan bertentangan.

“Penumpang hadapan kereta terbabit, meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chenderong Balai manakala tiga lagi penumpang dan pemandu kereta hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Wan Hassan berkata, pemandu treler bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082