Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Tiada Kepakaran Halang Anggota IS Malaysia Lancar Serangan

$
0
0

(FILES) - A file image grab taken from a video uploaded on YouTube on August 23, 2013 allegedly shows a member of Ussud Al-Anbar (Anbar Lions), a Jihadist group affiliated to the Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL), Al-Qaeda's front group in Iraq,  holding up the trademark black and white Islamist flag at an undisclosed location in Iraq's Anbar province. ISIL gunmen seized Iraq's second-largest city on June 10, 2014 as troops threw away their uniforms and abandoned their posts, officials said, in another blow to the Iraqi authorities, who appear incapable of stopping militant advances. Arabic writing on the flag reads: "There is not God but God and Mohammed is the prophet of God."  AFP PHOTO / YOUTUBE  == RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO / YOUTUBE " - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS FROM FROM ALTERNATIVE SOURCES, THEREFORE AFP IS NOT RESPONSIBLE FOR ANY DIGITAL ALTERATIONS TO THE PICTURE'S EDITORIAL CONTENT, DATE AND LOCATION WHICH CANNOT BE INDEPENDENTLY VERIFIED ====

ALOR SETAR – Ketiadaan kepakaran membuat bom dikenalpasti sebagai faktor utama menghalang rakyat Malaysia yang menggangotai kumpulan pengganas Negara Islam (IS) daripada melancarkan serangan dalam negara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay bagaimanapun berkata, anggota IS rakyat Malaysia memiliki ideologi dan komitmen yang mantap.

“Apa yang mengekang mereka, menyebabkan operasi mereka tersangkut-sangkut adalah kerana mereka tidak ada kepakaran untuk membuat bom. Bahan-bahan mudah dibeli di internet, tetapi kepakaran untuk ‘assemble’ bom itu tiada,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi penerangan tentang kumpulan pengganas IS itu bersama kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Kedah di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kedah, di sini.

Ayub Khan berkata, semenjak 2013 hingga kini sebanyak 150 rakyat negara ini yang menganggotai IS telah ditangkap, termasuk 24 wanita.

Walaupun tiada kepakaran teknikal, namun anggota IS rakyat Malaysia itu akan melakukan serangan di Malaysia sekiranya memiliki peluang untuk berbuat demikian, katanya.

Bagi menangani ancaman terbabit, pihak berkuasa katanya, telah meningkatkan kawalan keselamatan di tempat-tempat strategik seperti bangunan-bangunan kerajaan dan bangunan berkepentingan negara asing.

Menurutnya, apa yang berlaku di Paris dua hari lepas yang menyaksikan kira-kira 130 orang terbunuh akibat serangan militan, bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan.

Ini kerana pemimpin IS dikenali dengan nama “Mohammad Al-Adnani” katanya, telah pun mengarahkan anggota militannya supaya tidak lagi pergi ke Syria dan Iraq untuk berjuang, tetapi melancarkan serangan di negara masing-masing.

Dalam menangani dan memerangi ancaman oleh kumpulan IS, Ayub Khan berkata, Polis bersandarkan kepada operasi-operasi pencegahan yang memerlukan kemampuannya untuk mendapatkan maklumat-maklumat perisikan.

“Kita tekankan pada pencegahan dan pengumpulan maklumat risikan. Kita buat tindakan awal, tangkap dan tuduh di mahkamah, kita tidak membiarkan mereka kumpul senjata api, bahan letupan, baru hendak tangkap,” katanya.

— BERNAMA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082