Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Dua Ditahan Kerana Edar Heroin Bernilai RM25,000

$
0
0

24dadah1.transformed

 

GUA MUSANG: Polis Gua Musang telah menahan dua lelaki ditahan berusia 26 dan 15 tahun kerana disyaki terlibat dalam penjualan dadah jenis heroin di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah, suspek pertama yang menunggang motosikal berjaya ditahan di tepi jalan di Felda Chiku 1 selepas dikejar lebih 10 kilometer sekitar jam 4 petang kelmarin.

“Hasil siasatan menemui tiga botol plastik kecil mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin yang ditemui dalam beg sandang lelaki itu.

“Selain itu, polis turut menemui lima botol lagi dadah jenis sama selepas melakukan pemeriksaan di rumah suspek dan turut menahan seorang remaja berusia 15 tahun yang tidak bersekolah di rumah berkenaan,” katanya.

Tambahnya, kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai kira-kira RM25,000.

“Kedua-dua suspek yang dipercayai pengedar dadah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 21 Nov dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952.

“Suspek berusia 26 tahun yang terkenal dengan panggilan `tokan pot’ di Chiku aktif mengedar heroin sejak lapan tahun lalu dan pernah ditahan dua kali sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di IPD Gua Musang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Saiful Bahri turut memberitahu seramai 17 pengedar dadah berjaya ditahan sehingga Sabtu lepas berbanding sembilan suspek sepanjang tahun lepas.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles