Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penyamun Warga Asing Maut Ditembak Polis

$
0
0

tembak suren

 

JOHOR BAHRU: Seorang penjenayah warga asing yang aktif melakukan jenayah samun ditembak mati polis di persimpangan jalan lama Ulu Choh-Pontian, dekat sini semalam.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 1.45 petang, suspek berusia 27 tahun yang menaiki Proton Waja bersama dua lelaki cuba merempuh sebuah kenderaan polis yang menahan mereka bagi tujuan pemeriksaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata ketika kejadian, sepasukan anggota dari Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor sedang menjalankan tugas rondaan sebelum terserempak dengan kereta dinaiki kumpulan penjenayah itu dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila tiba di persimpangan jalan, polis mengarahkan kumpulan penjenayah itu supaya memberhentikan kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu, namun mereka cuba merempuh anggota polis.

“Polis kemudian melepaskan tembakan ke arah kereta itu mengakibatkan kenderaan terbabit terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, hasil pemeriksaan polis kemudian mendapati lelaki terbabit mati di lokasi kejadian.

Katanya, polis juga menemui dua parang dan sepucuk pistol tiruan dalam kereta terbabit, bagaimanapun dua lelaki yang berada dalam kenderaan itu melarikan diri ke dalam hutan yang berhampiran.

“Pemeriksaan lanjutan polis juga mendapati Proton Waja itu dilaporkan hilang di Johor Bahru pada Mac lalu.

“Polis juga dalam usaha untuk mengesan dua lagi penjenayah yang melarikan diri,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles