Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

4 Penyamun Cilik Ditahan Polis

$
0
0

Geng-Topeng-Hitam

 

KUALA LUMPUR – Polis membongkar kisah dua kanak-kanak dan dua remaja menjadi penjenayah sehingga mampu mencuri barang kemas bernilai RM4,000 milik sebuah keluarga dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas di Setapak Selasa lalu.

Taktik licik kesemua suspek yang berumur sembilan hingga 14 tahun terbongkar selepas polis menahan dua kanak-kanak dan dua remaja dalam tiga tangkapan di sekitar PPR Kampung Baru Air Panas pada Rabu lalu. Kesemua yang ditangkap melibatkan tiga suspek perempuan dan seorang suspek lelaki.

Sepasang suspek iaitu suspek lelaki berumur 12 tahun manakala suspek perempuan berusia 13 tahun merupakan adik-beradik. Dua lagi suspek perempuan merupakan rakan-rakan kepada pasangan adik-beradik itu ma­sing-masing berumur sembilan dan 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad­ Roy Suhaimi Sarif berkata, dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, kumpulan ‘penyamun junior’ berjaya memperdaya seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang ditinggalkan seorang diri di rumah supaya membuka pintu.

“Alasan kumpulan ‘penyamun junior’ ini ialah ibu mangsa menyuruh mereka masuk ke dalam rumah dan mengambil wang,” kata beliau di sini semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082