Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Setiausaha PKR Miri Maut Ditembak Dalam Hilux

$
0
0

tembak1.transformed_0

 

MIRI: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong ditembak mati di lampu isyarat Jalan Kuala Baram berhampiran sebuah pasar raya kira-kira jam 9 pagi tadi.

Mangsa yang memandu kereta jenis Toyoto Hilux dipercayai ditembak dari jarak dekat menembusi cermin kanan di sebelah pemandu kereta yang dinaikinya.

Ketika dijumpai mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Polis masih menyiasat kes itu dan individu yang bertanggungjawab terhadap kes berkenaan.

Mangsa dikatakan antara individu dalam PKR yang lantang memperjuangkan hak rakyat pribumi Dayak di utara Sarawak, khususnya berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Pada pilihan raya negeri ke-11 lalu, Bill bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Bekenu tetapi tumpas kepada calon Barisan Nasional (BN) Rosey Yunus.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082