Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

1 Maut 1 Parah Motosikal Langgar Tali Muatan Lori

$
0
0

KUALA LUMPUR 14 JULY 2016 Keadaan mangsa selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara - Puchong semalam. (Minta blurkan). NSTP/ IHSAN PEMBACA

 

Subang Jaya: Muatan tali yang tercicir daripada lori menjadi punca pelajar yang menunggang motosikal maut terjatuh manakala rakannya parah sejurus melanggar tali itu.

Dalam kejadian jam 5.27 petang kelmarin, mangsa, Muhammad Haziq Hamzah, 17, maut akibat parah di kepala selepas terbabit kemalangan di Kilometer 2.1, Lebuhraya Damansara- Puchong di sini, kelmarin.

Kejadian itu turut mengakibatkan rakannya, Muhammad Helmi Salleh Pudin, 17, cedera di perut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Lee Swee Meng berkata, mangsa bersama rakannya menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumah.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila satu objek dipercayai tali terjatuh daripada lori dan terkena motosikal mangsa.

“Mangsa kemudiannya terjatuh menyebabkannya cedera parah di kepala dan maut di lokasi kejadian,” katanya.

Lee berkata, pemandu lori itu mendakwa pembantunya yang mengemas tali di dalam bakul tanpa penutup berkenaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang manakala rakannya yang cedera kini dirawat di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082