Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Wanita Rugi Rm3,000 Diragut 2 Lelaki

$
0
0

image

 

SHAH ALAM – Seorang wanita kerugian RM3,000 apabila beg tangannya diragut dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dalam kejadian di hadapan sebuah kedai roti dan kek di Seksyen 13 di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu berlaku apabila mangsa yang berumur dalam lingkungan 40-an dan bekerja sebagai pengawai pemasaran di sebuah syarikat di sini baharu sahaja keluar dari premis tersebut sebelum didatangi suspek dan rakannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Shafien Mamat berkata, salah seorang daripada suspek menghampiri mangsa lalu merentap beg yang digalasnya dengan kasar.

“Suspek kemudian lari dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 125z bersama seorang lagi suspek yang sedang menunggu di luar premis itu. Mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku amat pantas.

“Akibat rentapan kuat itu juga mangsa terjatuh ke atas jalan raya dan mengalami luka di bahagian kepala dan telah menerima rawatan di sebuah hospital swasta,”katanya ketika dihubungi di sini.

Shafien berkata, ekoran kejadian itu, mangsa mangalami kerugian sebanyak RM3,000 apabila beg tangannya yang mengandungi dokumen diri, beberapa kad bank, telefon bimbit jenis iPhone 5S dan wang tunai kira-kira RM700 dilarikan.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan curi ragut.

“Ini kejadian pertama dikawasan itu dan pada masa ini, pasukan khas sedang berusaha mengesan suspek dengan bantuan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV)CCTV di kedai itu,”ujarnya. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082