Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Dipenjara 3 Hari Gara-Gara Curi Baju

$
0
0

penjara-787x445

 

KUALA LUMPUR – Apabila seseorang pertama kali mendapat kerja, kebiasaannya ia diraikan bersama rakan dan keluarga tetapi tidak bagi seorang pemuda, Fariduddin Nasir yang dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM600 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Mohd. Rehan Mohd. Aris selepas Fariduddin, 24, mengaku bersalah mencuri dua pasang baju dan dua pasang seluar bernilai RM359.50.

Kesalahan itu dilakukan di Brands Outlet Sunway Putra Mall, Dang Wangi di sini pada pukul 2.20 petang, 12 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mohd. Rehan memerintahkan Fariduddin menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 12 Julai dan menjalani hukuman penjara sebulan lagi jika gagal membayar denda itu.

Sebelum itu, semasa rayuan, Fariduddin yang tidak diwakili peguam berkata, dia mendapat kerja baru-baru ini dan tidak mempu­nyai pakaian sesuai yang mencukupi untuk dipakai ke tempat kerja. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082