Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Selangor Serius Gempur Pusat Judi Dalam Talian

$
0
0

KLANG 27 October 2015.  Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat memberi amaran kepada pengguna media sosial supaya lebih bertanggungjawab diatas segala maklumat yang hendak disampaikan di laman sesawang pada Sidang Media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 di Klang Executive Club, Bandar Baru Klang. NSTP/Rosdan Wahid

 

Shah Alam: Polis memberi amaran keras kepada semua pemilik pusat perjudian dalam talian yang masih aktif di negeri ini supaya menghentikan operasi mereka atau bakal berdepan dengan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata pihaknya sangat serius menggempur kegiatan haram itu kerana ia dilihat kembali aktif beroperasi di seluruh negeri berkenaan.

Berikutan itu, beliau berkata sejak Rabu lalu, semua ibu pejabat polis di sembilan daerah di Selangor diarah mempergiatkan operasi membanteras perjudian haram tersebut.

Katanya hasil risikan menunjukkan daerah Petaling Jaya, Serdang, Subang Jaya, Kajang, Gombak dan Klang Selatan antara kawasan dikesan mempunyai jumlah premis perjudian dalam talian yang tinggi.

“Sejak Rabu lalu, dalam tempoh hanya 48 jam, 222 serbuan dilakukan dengan 233 tangkapan membabitkan pemilik premis dan 83 kaki judi.

“Sebanyak 3,120 set komputer, 207 komputer riba, enam mesin simulator judi dan wang tunai RM19,205 turut dirampas dalam operasi itu,” katanya di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082