Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

2 Lelaki Menyamar Polis Ditahan

$
0
0

Logo PDRM

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis ketika sedang memeras ugut seorang lelaki untuk mendapatkan wang di sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, mang­sa yang berusia 19 tahun didatangi salah seorang suspek yang memakai vest polis dengan memegang satu baton T di tangan kanannya dan meminta wang daripada mangsa ketika berada di tempat letak kereta kondominium berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, seorang lagi rakan suspek turut ditahan oleh pe­ngawal keselamatan kondominium berkenaan selepas berada dalam keadaan mencurigakan ketika diminta untuk mendaftar masuk ke kondominium itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082