Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Wanita Cedera Dalam Cubaan Samun 2 Lelaki Bersenjata

$
0
0

rompak

 

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga wanita cedera dalam cubaan samun oleh dua lelaki bersenjatakan parang di hadapan Medan Selera Jalan Indah 3/8, Bukit Puchong awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada 1.10 pagi itu, mangsa yang berumur 49 tahun mengalami kecederaan di lengan kiri, pipi kiri dan pergelangan tangan akibat bergelut dengan kedua-dua suspek.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata mangsa didatangi dua lelaki yang berpura-pura mahu membeli rokok di gerainya dengan seorang daripada suspek kemudiannya merangkul lehernya dari belakang dan mengarahkannya agar mendiamkan diri sebelum menarik rantai leher mangsa.

“Selepas itu berlaku pergelutan antara mangsa dan seorang lagi suspek apabila mangsa cuba menghalang suspek daripada mengambil beg tangannya yang disangkut di gerainya.

“Mangsa kemudiannya menarik beg tangan dan segera menjerit meminta tolong menyebabkan suspek melepaskan beg tangan mangsa dan terus melarikan diri menaiki sebuah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Bagaimanapun, katanya salah seorang suspek berjaya ditahan orang awam manakala seorang lagi rakan suspek masih diburu.

Katanya mangsa dan suspek berumur 26 tahun yang turut cedera kini dirawat di Hospital Serdang. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082