Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kes Ibu Bunuh 2 Anak Selesai

$
0
0

Logo PDRM

 

Bedah siasat ke atas mayat Hadiman Noorahman, 7, dan adiknya, Mohamad Ikmal Danish Noorahman, 4, yang dibunuh oleh ibu mereka di sebuah rumah di Kampung Baru, Kota Samarahan, Selasa lalu mendapati kedua-dua mangsa mati akibat keracunan cecair peluntur.

Ibu kedua-dua beradik terbabit Rohana Mohamad, 37, pula disahkan mati akibat menggantung diri.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern berkata, proses bedah siasat ke atas mayat ketiga-tiga beranak itu telah dijalankan di Hospital Umum Sarawak.

“Laporan bedah siasat yang diperoleh mengesahkan bahawa tiada suspek lain terlibat dalam kes pembunuhan itu dan siasatan kes tersebut selesai sepenuhnya.

“Justeru, saya menyeru orang ramai agar berhenti membuat sebarang spekulasi yang boleh diibaratkan ‘menabur garam atas luka keluarga si mati,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam kejadian Selasa lalu, Rohana memaksa dua anaknya, Adam Hadiman dan Mohd. Ikmal Danish meminum cecair peluntur sehingga mati sebelum dia membunuh diri di rumahnya.

Wanita terbabit dipercayai nekad melakukan perbuatan itu akibat tertekan dengan masalah rumah tangga selepas tidak menerima sebarang nafkah daripada suaminya sejak berpisah kira-kira tujuh bulan lalu dan sedang dalam proses percerai­an.

Mayat Rohana ditemukan tergantung di bilik mandi manakala Adam Hadiman dan Mohd. Ikmal Danish dijumpai dalam bilik tidur oleh pihak polis yang menjalankan pemeriksaan di kediaman mereka selepas menerima maklumat daripada penduduk kampung kira-kira pukul 8 malam.

Sementara itu, mayat tiga beranak berkenaan sudah diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles