LAHAD DATU: Tiga penumpang sebuah pacuan empat roda termasuk seorang warga tua dan kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 26 Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, tiga yang maut ialah Norziah Abd Said, 22; Lasupu Padai, 66; dan Nadia Farhana, 4, semua penumpang Mitsubishi Triton yang berasal dari Kampung Paris, Kinabatangan.
Dua lagi penumpang pacuan empat roda terbabit parah, manakala pemandunya cedera ringan dalam kemalangan yang turut membabitkan dua lagi pacuan empat roda iaitu Isuzu D-Max dan Toyota Vigo.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata sebelum kejadian, Mitsubishi Triton itu dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Sandakan, manakala Isuzu D-Max dan Toyota Vigo dari arah bertentangan.
“Apabila tiba di tempat kejadian, Mitsubishi Triton itu dipercayai gagal dikawal menyebabkan kenderaan terbabit terbabas di bahu jalan sebelah kanan.