Image may be NSFW.
Clik here to view.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, memerintahkan Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan, dilepas dan dibebaskan dari pusat tahanan reman dengan serta-merta.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Sanjeevan untuk mencabar perintah reman 21 hari, yang dikenakan terhadapnya mengikut Akta Pencegahan Jenayah 2013 (POCA).
Sanjeevan ditahan bulan lalu bersama pemandunya atas kesalahan ugutan jenayah dan pemerasan.
Kedua-dua suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat seorang pengadu bahawa Sanjeevan mengugut akan menyiarkan fitnah mengenainya melalui Facebook jika tidak membayar wang perlindungan sebanyak RM25,000.
Penahanan dilakukan sebaik sahaja pengadu berjumpa dan menyerahkan wang tunai terbabit kepada suspek dalam sebuah kenderaan.