Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Jabatan Pendidikan Negeri Siasat Kes Pelajar Ditampar Guru

$
0
0

KOTA BHARU 22 JULY 2016. ( KBM211S / KBB319R ) Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, kini terlantar di Hospital Raja Perempuan Zainab II, (HRPZ II) akibat mengalami masalah saraf selepas mendakwa ditampar seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, dalam kejadian Selasa lalu. NSTP/MUHAMAAD RAZIS ISMAIL

 

Serdang: Siasatan dalaman akan dilakukan berhubung kejadian seorang pelajar perempuan tingkatan tiga yang mendakwa ditampar guru wanita di sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan pada 19 Julai lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohd Yusof berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan penuh aduan pihak pihak ibu bapa pelajar terbabit dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sebelum memulakan siasatan berkenaan.

“Dalam hal ini kita melihat dari dua sudut berbeza iaitu aduan yang diterima serta tindakan yang dilakukan guru terbabit.

“Kita akan teliti dua versi cerita itu sebelum siasatan dalaman dilakukan.

“Hasil siasatan itu kelak akan dibentangkan kepada mesyuarat jabatan selewat-lewatnya minggu depan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pendidikan Malaysia di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082