Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Perompak Guna Bom Lama Letupkan ATM

$
0
0

Kesan kerosakan bank yang dipercayai diletupkan sekumpulan penjenayah dalam kejadian awal pagi tadi di Bandar Muadzam Shah, Rompin.

 

ROMPIN – Polis percaya bom yang digunakan oleh perompak bagi meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit (CDM) di sebuah bank di Bandar Muadzam Shah, di sini, Isnin lalu merupakan bom buatan sendiri jenis lama.

Ia berikutan siasatan melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan perompak berkenaan perlu membakar sumbu bagi meletupkan bom yang diletak masing-masing antara dua mesin ATM dan CDM.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Mohd Aidil Roneh Abdullah, berkata, siasatan pasukan forensik juga berjaya mengesan serbuk di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan sebagai pembalut bom itu.

Menurutnya, berdasarkan jenis bom buatan sendiri itu, ia bukanlah dibuat oleh seorang amatur sebaliknya memiliki pengetahuan atau ilmu mengenai kaedah pembuatan bom selain memiliki sifat yang berani.

“Berdasarkan paparan CCTV kita dapat lihat tiga suspek membawa masuk bom yang dibalut dengan objek seperti paip yang berbentuk gelung. Selepas meletakkan dicelah antara mesin ATM dan CDM, mereka perlu mencucuh sebelum bom itu sebelum ia meletup.

“Ini menunjukkan ia merupakan bom jenis lama, bukan automatik atau menggunakan alat kawalan jauh. Bagaimana pun wajah suspek tidak dapat dikenalpasti kerana mereka menutup muka dengan menyarung baju di kepala,” katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian semalam melaporkan hasrat sekumpulan penjenayah untuk merompak wang dalam mesin ATM dan CDM di sebuah bank di Bandar Muadzam Shah menggunakan bom buatan sendiri gagal, apabila tindakan mereka menyebabkan 90 peratus premis berkenaan rosak teruk.

Dalam pada itu, Muhammad Aidil menegaskan pihak polis akan meneruskan siasatan bagi mengesan perompak berkenaan berdasarkan bukti-bukti yang mereka telah temui.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran agar perompak dapat ditahan dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles