Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Wanita Dicabul Dalam Kejadian Rompakan

$
0
0

image

 

JEMPOL – Seorang gadis berusia 20 tahun menjadi mangsa cabul seorang penjenayah yang memecah masuk rumah keluarganya dalam satu kejadian rompak di Felda Raja Alias di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu berlaku sewaktu gadis berkenaan sedang tidur di rumah tersebut kira-kira pukul 3 pagi.

“Gadis itu menyedari kehadiran suspek apabila bahagian lehernya disentuh oleh penjenayah itu lalu menjerit meminta pertolongan.

“Suspek yang memakai topi kemudian melarikan diri mengikut pintu hadapan apabila mangsa menjerit,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Noorzainy berkata, polis menerima laporan seutas rantai emas, telefon bimbit jenama Lenovo dan wang tunai kira-kira RM200 hilang dalam kejadian tersebut. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082